Monday, 14 November 2011

Rukun Iman
Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Akhlak Tahun 3 - Jujur


JUJUR di dalam jual beli
JUJUR dalam berkata-kata
JUJUR dalam perbuatan
JUJUR dalam menjaga hak orang lain

KEBAIKAN JUJUR :

1. Mendapat keredhaan Allah
2. Dihormati dan disegani
3. Asas kejayaan.

KEBURUKAN TIDAK BERSIFAT JUJUR

1. Tidak disukai oleh Allah dan Rasul
2. Tidak dipercayai oleh orang lain
3. Hidup tidak berkat

AMALKAN : Jujur kepada Allah, Rasul dan semua makhluk
Akhlak Tahun 3 Adab Berziarah dan Bertamu

1. Berziarah pada waktu yang sesuai dan tidak mengganggu keselesaan tuan rumah
2. Memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat
3. Memberi salam kepada tuan rumah
4. Meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah
5. Masuk melalui pintu utama
6. Menghulurkan sumbangan ketika menziarahi kematian.

Ziarah :
a. pada hari raya
b. rumah keluarga dan jiran tetangga
c. rumah guru
d. rumah org sakit dan rumah yg ada kematian